Wednesday, 24 June 2015
SUMBER TENAGA
Definisi tenaga diberikan oleh Kamus Oxford Fajar (Edisi Ketiga) sebagai keupayaan untuk membuat kerja. Sumber Tenaga adalah bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.Sumber tenaga terbahagi kepada 2 iaitu sumber boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui.
Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui semakin menyusut kerana penggunaannya yang berterusan dan meluas. Akibat penyusutan sumber tenaga, kita mestilah memulihara sumber tenaga supaya dapat mencari tenaga alternatif, mengelakkan pembaziran tenaga melalui amalan yang teliti dan bijaksana dan menggunakan pengetahuan saintifik dan teknologi untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dalam kenderaan bermesin.
Terdapat cara-cara penggunaan tenaga secara cekap. Antaranya ialah penebangan terpilih, rawatan sivilkultur dan hutan simpanan. Terdapat juga cara-cara lain seperti mengawal pembalakan haram dan menghadkan pengeluaran lesen. Lembaga perindutrian Kayu Malaysia (MTIB) telah menggalakkan penggunaaan kayu pokok getah sebagai alternatif untuk industri perabot.
Pemuliharaan sumber tenaga amat penting bagi menjamin masa depan manusia. Antara kepentingan sumber tenaga ialah dapat membekalkan tenaga yang mencukupi. Selain itu, sumber tenaga dapat mengurangkan pencemaran alam,
Dengan itu, kita haruslah mengetahui tentang penggunaan dan pengurusan sumber tenaga yang cekap. Contohnya, mengurangkan pembaziran penggunaan tenaga,menggunakan tenaga denagan lebih cekap dan mengurangkan penggunaan tenaga secara menyeluruh. Peranan kerajaan dalam pengurusan sumber tenaga dengan memberi bimbingan dan insentif kepada pihak awam untuk mengamalkan pegurusan tenaga yang cekap mengembangkan potensi teknologi teknologi penjimatan tenaga yang baru, menggalakkan pihak awam berkongsi kereta dan menggunakanpengangkutan awam serta mematikan suis lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
Kesimpulannya, sumber tenaga amat penting dan perlu dipulihara bagi memanjangkan tempoh pemerolehan sumber tenaga.
selamat datang ke blog saya :)...saya ingin kongsi sumber tenaga sains tingkatan satu...
kepentingan pemuliharran sumber tenaga
Subscribe to:
Posts (Atom)